Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 556 penduduk Kampung Tebakang jalani ACD
  • TEMPATAN

556 penduduk Kampung Tebakang jalani ACD

Utusan Sarawak 4 years ago
PENDUDUK Tebakang Melayu menjalani ACD di Dewan Serbaguna kampung tersebut, baru-baru ini.

SERIAN: Seramai 556 orang penduduk di Kampung Tebakang Melayu menjalani pengesanan kes secara aktif (ACD) di Dewan Serbaguna kampung tersebut, baru-baru ini.

Kaedah pengesanan adalah terbahagi kepada dua zon iaitu Zon Hulu Tengah Selatan dan Zon Riih.

Bagi penerima yang telah menjalani saringan akan membuat kuarantin kendiri selama 14 hari di rumah masing-masing bermula 24 Mei sehingga 6 Jun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus menasihati semua penduduk kampung tersebut agar sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan samada berada di rumah mahupun ketika berada di luar rumah.

“Saya amat rasa berpuas hati dengan pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Serian dalam menangani kes Covid-19 di kampung Tebakang Melayu,” katanya.

Tambahnya, Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian juga telah membuka kaunter pengagihan bantuan makanan kering kepada mereka yang telah menjalani ujian saringan Covid-19.

“Kaunter itu akan dibuka dilokasi menjalani ujian dan termasuk di Klinik berdekatan seperti di Klinik Tebakang, Tarat, Tebedu, Balai Ringin dan Siburan,” ujarnya.

Jelasnya, setiap penduduk yang menerima arahan kuarantin akan diberi kupon yang perlu ditebuskan di kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Serian.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: 755 pek makanan dihantar ke Baram
Next: 29,445 ujian saringan dijalankan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.