Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 55 warga SJKC Ming Chieng sertai program kesedaran awam
  • Tengah
  • WILAYAH

55 warga SJKC Ming Chieng sertai program kesedaran awam

Utusan Sarawak 5 months ago

BINTANGOR: Seramai 43 orang murid, 12 orang guru dan kakitangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ming Chieng telah menyertai program kesedaran awam. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, program tersebut dijalankan pada Khamis lalu di sekolah tersebut. 

“Program kesedaran awam bermula pada 8.25 pagi hingga 10.25 pagi. 

“Turut serta semasa program kesedaran awam adalah enam orang ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Philip dan lima orang anggota polis,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, antara pengisian aktiviti yang dijalankan adalah ceramah bahaya kebakaran dan latihan kebakaran. 

“Selain itu, pihak kami juga mengadakan pameran jentera. 

“Program berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Toh Puan Fauziah terima kunjungan hormat Persatuan Wanita UTS
Next: Kempen 3R inisiatif pelihara, pulihara alam sekitar berdepan isu pemanasan global

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.