Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 55 warga sekolah sertai latihan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

55 warga sekolah sertai latihan kebakaran

Utusan Sarawak 6 months ago
ANTARA pengisian aktiviti dilaksanakan oleh pasukan bomba di SJKC Su Hing. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Seramai 55 orang warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Su Hing telah menyertai latihan kebakaran. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Mahmudin Narudin, latihan tersebut dijalankan bermula 10.00 pagi, semalam. 

“Latihan kebakaran di sekolah ini melibatkan seramai 55 orang peserta iaitu 40 orang murid, 11 orang guru, dua orang tukang masak, seorang pekerja am dan seorang pengawal keselamatan. 

“Antara pengisian aktiviti yang dijalankan oleh pihak bomba bersama warga sekolah adalah ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api, katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Pasukan bomba pada masa sama turut menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di sekolah tersebut. 

Latihan kebakaran yang selesai sepenuhnya pada 12.00 tengah hari, menurut Mahmudin, berjalan dengan lancar. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba guna sekitar 9 minit tangkap ‘tetamu’ tidak diundang  
Next: BDA kenakan parkir berkopun di tiga kawasan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.