54 NGO di Repok terima cek MRP, sokong pembangunan komuniti akar umbi

Facebook
WhatsApp
UNTUK ALBUM…Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama penerima MRP di Pusat Khidmat Repok, baru-baru ini.

SARIKEI: Sebanyak 54 cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) telah diserahkan kepada badan bukan kerajaan (NGO) bertempat di Pusat Khidmat Repok. 

Hadir untuk menyerahkan cek MRP tersebut ialah Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii.

Katanya, peruntukan MRP tersebut diserahkan kepada pelbagai NGO merangkumi bidang kebajikan, sukan, rekreasi, keselamatan dan kemasyarakatan. 

TERIMA KASIH…Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan cek MRP kepada penerima. 

“Peruntukan MRP ini bertujuan menyokong pelaksanaan program serta inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

“Kita mesti terus bersatu dan bekerjasama demi membina Sarikei yang lebih maju untuk generasi akan datang. 

“Semangat kerjasama antara semua pihak adalah sangat penting dalam merealisasikan agenda pembangunan akar umbi,” katanya ketiba berucap di majlis ringkas penyerahan MRP tersebut, baru-baru ini. 

TERIMA KASIH…. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan cek MRP kepada penerima. 

Beliau turut menggesa agar semua penerima MRP memanfaatkan peruntukan yang diberikan secara bertanggungjawab dan telus. 

“Gunakan ia dengan bermanfaat agar setiap program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan serta memberi impak positif kepada masyarakat.

“Peruntukan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga satu amanah untuk memperkasakan peranan organisasi dalam mempererat perpaduan dan memacu pembangunan sosial,” katanya. 

Beliau juga merakamkan penghargaan atas komitmen dan sokongan padu semua pemimpin NGO yang terlibat, sambil menyatakan harapan agar jaringan kerjasama ini akan terus kukuh dalam mendukung usaha membangunkan Sarikei secara inklusif dan mampan.

Oleh Earl Anek