Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • 5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival MFJ
  • NASIONAL

5,000 peluang pekerjaan swasta, temu duga terbuka SPA di Karnival MFJ

Utusan Sarawak 3 months ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,000 peluang pekerjaan di sektor swasta selain temu duga terbuka bagi jawatan dalam perkhidmatan awam ditawarkan sempena Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), bermula esok hingga Ahad.

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan karnival anjuran bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan menawarkan sesi temu duga terbuka jawatan Pengajar Gred U9 (Teknologi Pergigian), dengan calon berjaya dilantik bersandarkan kelulusan kekosongan jawatan di Kementerian Kesihatan seluruh negara.

“SPA juga akan mengadakan Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) secara terbuka bagi mengisi kekosongan jawatan Keselamatan dan Pertahanan Awam (K),” menurut PERKESO, yang memaklumkan sesi temu duga dijalankan secara lebih berkesan melalui saluran mudah diakses tanpa karenah birokrasi.

Sebanyak 30 majikan sektor swasta dan badan berkanun turut serta dalam karnival kali ini antaranya Habib Group, IHH Healthcare Malaysia, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Chong Group, GHL System, Agro Bank, Prasarana Malaysia Berhad, Bank Islam dan AEON Co (M) Berhad.

Pertubuhan itu memaklumkan antara jawatan yang ditawarkan termasuk Pengurus Kewangan Perniagaan, Pengurus Kumpulan Kewangan, Pengarah Jualan dan Konsultan Teknikal dengan kadar gaji sekitar RM13,000 hingga RM15,999.

Menurut kenyataan itu sepanjang tahun lepas sebanyak 4,156 karnival kerjaya dan temu duga telah dilaksanakan MFJ dengan membantu 53,327 individu mendapat pekerjaan. 

Untuk keterangan lanjut, orang ramai boleh layari laman web www.myfuturejobs.gov. – Bernama

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke Kabinet
Next: Waktu bekerja penjawat awam Pahang setiap Jumaat sepanjang Ramadan hingga 12.30 tengah hari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.