Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 50 MAUT dalam runtuhan lombong emas
  • GLOBAL

50 MAUT dalam runtuhan lombong emas

Utusan Sarawak 5 years ago

GOMA (CONGO): Sekurang-kurangnya 50 orang maut apabila sebuah lombong emas runtuh berhampiran Kamituga, di timur Congo pada tengah
hari Jumaat, kata sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan perlombongan.

Presiden Inisiatf Sokongan dan Pemantauan Sosial Wanita, Emiliane Itongwa,berkata insiden terbabit berlaku di tapak lombong Detroit, kira-kira jam 3 petang (waktu tempatan) akibat hujan lebat.

“Beberapa pelombong berada di tapak itu yang tertutup, dan tiada siapa dapat melepaskan diri. Ia membabitkan kira-kira 50 mangsa yang masih muda,” katanya.

Foto yang tular di media sosial memaparkan ratusan orang ramai berhimpun di kaki bukit, di sekitar pintu masuk lombong itu.

Lokasi kejadian tidak terletak di kawasan konsesi lombong emas milik syarikat Kanada, Banro Corporation, kata ketua eksekutif berkenaan. – AFP

Continue Reading

Previous: Runtuhan Bangunan di KARACHI
Next: New York adakan upacara kenang tragedi 11 September

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.