Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak
  • SEMASA

45 kamera badan untuk penguat kuasa KKM Sarawak

Utusan Sarawak 4 months ago
TIMBALAN Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni bertanyakan sesuatu kepada pemilik gerai pada Program Tinjauan Mesra Premis Bersih dan Bebas Asap (BeBAs) di pusat makanan laut di Kuching, semalam. FotoBERNAMA

KUCHING: Sarawak kini mempunyai sebanyak 45 kamera badan untuk digunakan penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negeri itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, penggunaan teknologi itu penting bagi memastikan ketelusan dalam pelaksanaan tugas serta menjaga kebajikan pegawai semasa menjalankan peranan mereka.

“Dengan adanya kamera badan ini semua perkara akan dirakam, kadang-kadang pegawai kita yang bertugas di lapangan pernah dikatakan dengan perkataan-perkataan tidak baik dan malah ada juga yang diserang.

“Penggunaan kamera ini juga adalah untuk menjaga integriti kita kerana ada kes di mana apabila pegawai mahu keluarkan kompaun ada mereka yang menawarkan sesuatu kepada pegawai,” katanya kepada pemberita selepas program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di sini, semalam.

Lukanisman berkata, KKM juga akan melihat keperluan untuk menambah kamera itu buat penguat kuasa di Sarawak.

“Buat masa ini kita tidak mempunyai satu jumlah yang tertentu (untuk tambah) kerana peralatan tersebut melibatkan kos pembelian dan selenggara,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai pembinaan Hospital Petra Jaya di sini, Lukanisman berkata, projek berkenaan telah mencapai 82 peratus dan dijangka siap Ogos ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak meningkat kepada 123 orang
Next: Ops TBC: JPJ Sarawak gerakkan 500 penguat kuasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.