Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 42 peserta sertai program anjuran AADK, SKUAD Antidadah Sibu    
  • Tengah
  • WILAYAH

42 peserta sertai program anjuran AADK, SKUAD Antidadah Sibu    

Utusan Sarawak 6 months ago
SERAMAI 42 peserta telah menyertai program SKUAD Aktif: Pertandingan Badminton dan Bola Jaring yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), baru-baru ini. 

SIBU: Seramai 42 peserta telah mengambil bahagian dalam program SKUAD Aktif: Pertandingan Badminton dan Bola Jaring yang berlangsung di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu baru-baru ini.

Program ini dianjurkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sibu dengan kerjasama SKUAD Antidadah Sibu, serta mendapat sokongan dari beberapa kelab dan NGO tempatan.

Antara yang terlibat ialah All Badminton Combine (ABC), Rejang Enterprise, Rizqi Shop Enterprise, dan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi AADK, tujuan program ini diadakan untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan, aktiviti lasak, muzik, dan riadah, di samping memberikan kesedaran mengenai kesan dan bahaya dadah.

“Selain mengeratkan hubungan antara AADK, komuniti, dan rakan strategik, aktiviti sukan turut bertujuan meningkatkan kecergasan dan kesihatan peserta serta menjauhkan mereka daripada gejala dadah.

“Program ini juga menyokong Kempen Antidadah Melalui Informasi (K.A.M.I.), yang bertujuan menyampaikan mesej kesedaran tentang bahaya dadah,” kata kenyataan itu.

Sepanjang program, pelbagai aktiviti seperti taklimat antidadah, pameran statik, cabutan bertuah, serta pendaftaran ahli baharu SKUAD Antidadah turut diadakan.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Daerah AADK Sibu, Azimah Marsid, dengan kehadiran pegawai-pegawai penting, termasuk Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Sibu, Mohamad Farizal Mohamad Buang.

Hadir sama, wakil daripada ABC, Maria Mamba; Pengerusi SKUAD Antidadah Sibu, Raden Khairulzaman Raden Bustari; wakil Rejang Enterprise, Noor Taibah Rohani; Rizqi Shop Enterprise, Mohamad Mostapha Lasot; serta wakil Pengerusi Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu, Majidi Sanusi.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Trienekens, UPC anjur aktiviti bersih pantai di Kampung Santubong
Next: Bomba Sarikei periksa alat keselamatan kebakaran di enam premis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.