Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 40 penduduk sekitar Bako terima sumbangan menjelang Ramadan
  • TEMPATAN

40 penduduk sekitar Bako terima sumbangan menjelang Ramadan

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Badan Kebajikan Islam, Jabatan Pertanian Sarawak (BAKIS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) telah menganjurkan Program Sumbangan Kasih Ramadan BAKIS bertempat di Surau Al-Falah, Taman Mesra Bako, Kuching, hari ini.

Menerusi program ini, seramai 40 orang penduduk dari sekitar Bako telah menerima sumbangan barangan keperluan dapur sebagai persediaan menyambut Ramadan.

Inisiatif ini bertujuan meringankan beban mereka yang memerlukan serta membantu penerima menjalani ibadah puasa dengan lebih selesa.

Menurut wakil penganjur, program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BAKIS dan JAIS dalam menyantuni masyarakat serta memperkukuh semangat keprihatinan dalam kalangan umat Islam.

“Sumbangan ini diharap dapat memberi kegembiraan kepada penerima dan membantu mereka membuat persediaan awal bagi menjalani ibadah puasa.

“Kami juga berharap program sebegini dapat diteruskan setiap tahun agar lebih ramai yang dapat dibantu,” katanya.

Dalam pada itu, para penerima melahirkan rasa syukur, dan berterima kasih atas sumbangan yang diterima, menganggapnya sebagai satu rahmat menjelang bulan penuh keberkatan.

Dengan Ramadan bermula esok, inisiatif sebegini diharap dapat menjadi inspirasi kepada lebih banyak pihak untuk bersama-sama menyemai nilai kebersamaan dan keprihatinan dalam masyarakat.

Turut hadir dalam program ini ialah Timbalan Pengarah Sektor (Operasi) Jabatan Pertanian Sarawak Radziah Jack selaku Pengerusi BAKIS, Ustaz Izzudin wakil Pejabat Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Kuching, dan Ketua Kampung Taman Mesra Bako, Mohammad Yusuf Jenal Abidin.

Oleh Adi Safarman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Elak berniaga terlalu awal
Next: RM4.6 bilion tambah baik sistem bekalan air di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.