Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 terbunuh nahas pesawat di Pulau Sulawesi, Indonesia
  • GLOBAL

4 terbunuh nahas pesawat di Pulau Sulawesi, Indonesia

Utusan Sarawak 7 months ago

Keadaan pesawat milik syarikat penerbangan Indonesia, SAM Air yang terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi yang mengorbankan kesemua yang berada di dalamnya.

JAKARTA: Empat individu maut selepas sebuah pesawat milik syarikat penerbangan tempatan Indonesia, SAM Air, terhempas di wilayah Gorontalo, Pulau Sulawesi, hari ini.

Ketua Pejabat Mencari dan Menyelamat Gorontalo, Heriyanto, berkata pesawat jenis PK SMH itu terhempas selepas terputus hubungan dengan pegawai AirNav Makassar.

“Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Djalaluddin Gorontalo pada jam 7.30 pagi, menuju ke Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato. 

“Namun, ia terputus hubungan dan dilaporkan terhempas berhampiran Lapangan Terbang Bumi Panua Pohuwato,” katanya dalam kenyataan yang dipetik Xinhua. 

Heriyanto berkata, semua empat mangsa yang terdiri daripada juruterbang, pembantu juruterbang, jurutera, dan seorang penumpang ditemui maut. 

Katanya, punca nahas bagaimanapun masih dalam siasatan. – BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: 190 tawanan dibebaskan, susulan usaha perantaraan kesembilan UAE antara Rusia, Ukraine
Next: Banjir di Senegal jejas 55,600 orang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.