38 penumpang selamat, bot terbakar di Labuan

Facebook
WhatsApp
BOT laju membawa 38 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan warga emas dari Menumbok ke Labuan dilencongkan ke Pantai Mawilla akibat kebakaran kira-kira 2.00 petang tadi.

LABUAN: Sebuah bot laju membawa 38 penumpang termasuk dua kanak-kanak dan warga emas dari Menumbok ke Labuan dilencongkan ke Pantai Mawilla akibat kebakaran kira-kira 2.00 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holdings Sdn Bhd Noor Halim Zaini berkata kebakaran disedari apabila api dan asap dikesan pada bahagian tertentu bot.

“Pengendali segera mengemudi bot ke pantai berhampiran untuk memastikan semua penumpang dapat keluar dengan selamat.

“Walaupun api merebak dengan cepat, semua penumpang selamat dan tidak mengalami kecederaan. Namun barangan peribadi mereka musnah dalam kejadian itu,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

LDA Holdings merupakan pengendali Terminal Feri Antarabangsa Labuan.

Noor Halim berkata perincian lanjut termasuk punca kebakaran dan kemusnahan bot masih dalam siasatan.

Saksi di Pantai Mawilla berkata penumpang yang kelihatan terkejut dengan kejadian itu, dibantu ke tempat selamat sebelum api marak.

Pasukan penyelamat serta pihak berkuasa telah mengawal tempat kejadian dan memulakan siasatan awal untuk mengenal pasti punca kejadian.

Laluan Menumbok dan Labuan merupakan antara laluan maritim paling sibuk dengan ratusan penumpang menggunakannya setiap hari untuk urusan kerja, sekolah dan perjalanan penting.

-Bernama

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi