Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 3,644 KIR DUN Pakan terima bantuan bekalan makanan
  • TEMPATAN

3,644 KIR DUN Pakan terima bantuan bekalan makanan

Utusan Sarawak 5 years ago

AKUN GIMAN

PAKAN: Seramai 3,644 Ketua Isi Rumah (KIR) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan telah menerima bantuan bekalan makanan daripada Kerajaan Sarawak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP=).

Dalam proses pengagihan kelmarin (10 April), seramai 1,234 KIR dari kawasan Sungai Rusa, Bayong dan Sebangkoi telah menerima bantuan bekalan makanan masing-masing. Sehingga kini, secara keseluruhannya seramai 621 KIR masih belum menerima bantuan bekalan makanan tersebut.

Daripada jumlah tersebut, seramai 113 KIR baki dari Pusat Khidmat DUN Pakan (Sungai Rusa, petugas dan rumah individu).Manakala seramai 508 lagi KIR baki dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (Babai, Tubai Buah/Nanga Pedanum) juga masih belum dihantar bantuan bekalan makanan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, agihan bantuan makanan tersebut disalurkan oleh Kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada se- tiap kawasan DUN di negeri ini.

“Ia akan diagihkan kepada semua penduduk di Sarawak termasuk kawasan DUN Pakan ini, bertujuan membantu meringankan bebanan rakyat di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujarnya.

Katanya, Pusat Khidmat DUN Pakan akan terus menghantar bantuan bekalan makanan tersebut kepada semua KIR yang masih belum menerimanya.

“Saya berharap bantuan ini secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban setiap keluarga yang tidak dapat keluar mencari rezeki sepanjang tempoh PKP yang dilanjutkan sehingga 28 April ini,” ujarnya.

Beliau sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya mematuhi PKP bagi mengekang penularan wabak berbahaya Covid-19. Proses pengagihan bantuan bekalan makanan di DUN Pakan dijalankan dengan dibantu oleh dua agensi iaitu Pusat Khidmat DUN Pakan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Continue Reading

Previous: ‘COVID-19 Fundraising-Assassin Warrior’ kumpul RM11,400
Next: RM300, rezeki udang galah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.