Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 36 penerima DUN Dudong terima dana PPK berjumlah RM641,000
  • WILAYAH

36 penerima DUN Dudong terima dana PPK berjumlah RM641,000

Utusan Sarawak 12 months ago
SERAMAI 36 penerima menerima Program Projek Khas (PPK) di pusat khidmat DUN Dudong hari ini.

SIBU: Seramai 36 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dudong telah menerima dana Program Projek Khas (PPK) berjumlah RM641,000 di Pejabat Parti Demokratik Progresif (PDP) Cawangan Dudong, hari ini.

Pengerusi PDP Cawangan Dudong Datuk Teo Boon Siew yang mewakili ADUN Dudong Datuk Seri Tiong King Sing menyampaikan cek kepada penerima dari rumah panjang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), persatuan dan rumah ibadat.

Dalam ucapan ringkasnya, Teo mengingatkan penerima supaya menggunakan dana tersebut untuk projek yang dimohon. 

“Pastikan anda menggunakan dana sewajarnya. Jangan gunakannya untuk tujuan lain, kerana anda perlu menunjukkan semua transaksi peruntukan.

“Anda perlu membuat laporan lengkap projek tersebut dengan gambar sebelum, sedang dan selepas projek. Kemudian, laporan dan gambar tersebut harus dihantar ke pusat khidmat untuk direkodkan,” jelasnya kepada penerima dana PPK.

Tambahnya, audit akan menyemak semua urus niaga dana di pusat perkhidmatan itu pada setiap akhir tahun.

“Jika anda tidak memberikan butiran dan transaksi kepada kami, pada masa hadapan, jika anda memohon sebarang bantuan daripada kami, permohonan anda mungkin ditolak,” katanya.

Oleh Tarani Lanting  

Continue Reading

Previous: Penduduk digalak sertai pelbagai kursus berkaitan pertanian
Next: 11 pelajar UUM anjur aktiviti di rumah panjang Tuai Rumah Garing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.