Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 35 individu dari Sebuyau sertai kursus pemasaran digital media
  • Tengah
  • WILAYAH

35 individu dari Sebuyau sertai kursus pemasaran digital media

Utusan Sarawak 3 months ago

SEBUYAU: Seramai 35 peserta di sini telah menyertai Kursus Pemasaran Digital Media anjuran Pusat Khidmat DUN Sebuyau bersama golongan belia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Sebuyau.

Kursus selama dua hari yang berlangsung kelmarin hingga semalam dikendalikan oleh Dr Kamil Salem dengan bantuan Khalifah Khalik, Mohd Suffian, dan Daniel Faiq.

Program bertujuan membolehkan peserta memahami dan mengaplikasikan konsep Kecerdasan Buatan AI dalam pemasaran, sekali gus membantu usahawan memanfaatkan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti serta keberkesanan dalam tugasan harian.

Antara topik perbincangan termasuk strategi pemasaran media sosial, optimasi enjin carian SEO, periklanan digital, dan analisis data pemasaran.

Para peserta turut berpeluang menyertai sesi latihan amali termasuk cara menghasilkan iklan pemasaran yang berkesan serta penggunaan alat analitik untuk mengukur keberkesanan strategi digital mereka.

Melalui bengkel, dan latihan secara sistematik, peserta diajar langkah demi langkah mengenai aplikasi praktikal AI dalam pemasaran.

Program ini merupakan langkah penting dalam mempersiapkan usahawan menghadapi cabaran era digital.

Salah seorang peserta yang juga usahawan kecil, Sh Saliah Wan Mohamad, menyatakan bahawa kursus ini banyak membantunya memahami penggunaan media sosial bagi meningkatkan jualan.

Dengan adanya kursus seperti ini, diharapkan lebih ramai peniaga dapat memanfaatkan teknologi digital bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh penyelaras Pusat Khidmat DUN Sebuyau, Ahmad Ayup, yang mewakili Menteri Utiliti dan Telekomunikasi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi, semalam.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Perluas jaringan bantuan golongan veteran
Next: Peruntuk RM10,000 untuk PIBG SK Sebiris

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.