Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 33 warga SK Assan Nunggang sertai latihan keselamatan kebakaran
  • Tengah
  • WILAYAH

33 warga SK Assan Nunggang sertai latihan keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 3 weeks ago
FOKUS….Murid-murid didedahkan dengan cara penggunaan alat pemadam api yang betul dengan bimbingan daripada anggota bomba. -Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seramai 33 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Assan Nunggang telah menyertai program latihan keselamatan kebakaran, semalam. 

Program bermula 9.00 pagi tersebut dikendalikan oleh 11 orang anggota bomba yang diketuai oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin.

Mahmudin berkata, daripada jumlah peserta, 24 murid, tujuh orang guru dan dua staf sokongan sekolah. 

“Antara pengisian utama adalah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran, taklimat pencegahan kebakaran, latihan pengungsian bangunan secara simulasi serta demonstrasi pemadaman api menggunakan alat pemadam api.

“Program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada warga sekolah tentang langkah-langkah keselamatan dan tindakan pantas yang perlu diambil sekiranya berlaku insiden kebakaran,” katanya ketika dihubungi. 

Tambahnya, latihan tersebut penting kerana ia melatih minda untuk tidak panik dan bertindak mengikut prosedur yang betul, terutamanya kepada murid sekolah rendah sekiranya berlaku kecemasan kebakaran di sekolah.

“Pendedahan awal mampu menyelamatkan nyawa dan mendorong kepada tindakan pantas dan tersusun ketika berlakunya kecemasan sebenar.

“Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama baik daripada pihak sekolah. 

“Ini sekali gus menunjukkan komitmen bersama dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan warga sekolah terhadap risiko kebakaran,” katanya.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba Bintangor berjaya tangkap ular tedung hitam
Next: Festival Sarikei platform promosi budaya, hasil pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.