Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 33 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu, Ops Mahir
  • JENAYAH

33 warga asing ditahan dalam Ops Bersepadu, Ops Mahir

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEGAWAI penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menjalankan pemeriksaan terhadap warga asing di sebuah penginapan pekerja sekitar Samalaju, Bintulu menerusi Ops Bersepadu (Ops Sapu). Foto Jabatan Imigresen Sarawak.

BINTULU: Seramai 33 warga asing ditahan dalam dua operasi penguatkuasaan berasingan yang dilaksanakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak menerusi Ops Bersepadu (Ops Sapu) dan Ops Mahir di sekitar Bintulu semalam.

Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak dalam satu kenyataan berkata, operasi berkenaan dilaksanakan Pasukan Tindakan Khas (PTK) bagi membanteras pelanggaran Akta Imigresen 1959/63.

Menurut kenyataan itu, Ops Bersepadu dijalankan pada awal pagi di sebuah penginapan pekerja di kawasan Samalaju dengan kerjasama anggota PTK bersama pegawai dari JIM Sarikei, JIM Miri, JIM Sibu serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Hasil pemeriksaan ke atas 71 individu terdiri daripada warga asing dan warga tempatan mendapati seramai 30 lelaki warga Indonesia ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua individu yang ditahan telah dibawa ke pejabat imigresen bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Sementara itu, Ops Mahir yang dijalankan di sebuah tapak projek di Bintulu turut membawa kepada penahanan tiga lelaki warga Indonesia selepas pemeriksaan dilakukan terhadap 96 individu melibatkan majoriti warga asing.

Menurut kenyataan itu, ketiga-tiga individu terbabit disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen sah serta tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.

JIM Sarawak menegaskan pihaknya akan terus mempergiat operasi penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras kehadiran pendatang asing tanpa izin selain memastikan setiap majikan mematuhi undang-undang dan peraturan imigresen yang berkuat kuasa.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: 16 warga asing ditahan dalam Ops Gegar, Ops Selera di Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.