Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 33 terbunuh, 195 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan
  • GLOBAL

33 terbunuh, 195 cedera dalam serangan Israel ke atas Lubnan

Utusan Sarawak 8 months ago

Penunjuk perasaan di Yaman membawa sepanduk tertera slogan anti anti-Israel dan anti-Amerika Syarikat (AS) serta bendera kuning pergerakan Hizbullah semasa protes di ibu negara, Sanaa, yang dikuasai oleh Houthi. - Foto AFP

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 33 orang terbunuh manakala 195 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Pesawat perang Israel meneruskan serangan udara di pinggir selatan Beirut, menyasarkan kawasan Chyah, Borj al-Barajneh dan sebahagian Lylaki, serta beberapa bandar di selatan Lubnan.

Menurut Menteri Kesihatan Firas Alabiad pada sidang media awal hari ini, serangan antara Hizbullah dan Israel yang bermula sejak Oktober lepas mengorbankan 1,640 orang termasuk 104 kanak-kanak dan 194 wanita, serta mencederakan 8,408 yang lain.

Hizbullah dan Israel telah terlibat dalam serangan rentas sempadan sejak permulaan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza, yang telah mengorbankan hampir 41,600 mangsa.

Serangan udara besar-besaran terbaru oleh Israel itu turut mengorbankan Setiausaha Agung Hizbullah, Hassan Nasrallah.– BERNAMA-ANADOLU

Continue Reading

Previous: Warga emas rai Hari Jadi ke-118
Next: Kerajaan Tokyo lancar aplikasi janji temu AI untuk cari pasangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.