Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 32 pegawai sertai Kursus Pengendalian Haiwan Berbisa
  • TEMPATAN

32 pegawai sertai Kursus Pengendalian Haiwan Berbisa

Utusan Sarawak 5 years ago
KENDALI… Tenaga pengajar sedang menunjukkan cara pengendalian haiwan berbisa ular pada kursus yang berlangsung di BBP Sungai Merah.

SIBU: Seramai 32 pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) seluruh Sarawak telah menyertai Kursus Pengendalian Haiwan Berbisa (Ular).

Kursus selama tiga hari itu (1 hingga 3 September) telah berlangsung di BBP Sungai Merah dengan dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar jemputan khas.

Mereka ialah PB Safiq Mohamad dari Akademi Wilayah Timur, Terengganu, PB Noremey Halim (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah) dan Noorizun Kechik (JBPM Johor).

Ketua JBPM Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, kursus tersebut julung kalinya diadakan di Sarawak bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran anggota mengendalikan haiwan berbisa.

“Ia secara langsung akan meningkatkan keyakinan peserta ke tahap yang maksimum,” jelasnya kepada pemberita semalam.

Katanya, penganjuran kursus itu akan menjadikan pasukan bomba sebagai satu agensi yang professional dalam mengendalikan kes khidmat kemanusian di dalam negara ini.

“Dengan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua seramai 32 pegawai yang telah mengikuti kursus ini dengan jayanya,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pertahan semua kerusi majoriti Bidayuh
Next: Kerjasama tadbir kawasan sendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.