Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 3,149 titik akses Wi-Fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama
  • SEMASA

3,149 titik akses Wi-Fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama

Utusan Sarawak 3 months ago
MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil (kanan) bersama Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman meninjau pemasangan WiFi di Kolej Kediaman Ketujuh Za’aba (KK7) di UM, Petaling Jaya, hari ini. FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,149 titik akses Wi-Fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian Internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 1,837 titik akses Wi-Fi dipasang di empat fakulti dan satu kolej kediaman di Universiti Malaya, manakala bakinya di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).

“Jumlah kos yang telah diperuntukkan ialah RM11.6 juta dan semua titik akses di kesemua universiti yang terlibat dalam fasa pertama ini telah disiapkan pada 5 Februari seperti yang disasarkan.

“Jadi secara keseluruhan, ia memakan masa lebih kurang tiga minggu untuk kerja-kerja ini disiapkan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pemasangan titik akses Wi-Fi di Universiti Malaya di sini, hari ini.

Fahmi berkata bagi fasa kedua, 31,173 titik akses Wi-Fi akan dipasang bermula Mac di 14 IPTA, 24 politeknik dan 43 kolej komuniti di seluruh negara serta dijangka siap dalam tempoh empat bulan, melibatkan kos RM175.8 juta.

MENTERI Komunikasi, Fahmi Fadzil (tengah) beramah mesra dengan para penerima komputer riba selepas meninjau pemasangan WiFi di Kolej Kediaman Ketujuh Za’aba (KK7) di Universiti Malaya (UM), Petaling Jaya, hari ini. FotoBERNAMA

Beliau berkata inisiatif itu dilaksanakan susulan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim agar liputan Internet di kampus, kolej dan universiti ditambah baik, termasuk usaha pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk segera menyelesaikan isu capaian Internet di institusi berkenaan.

“Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan juga MCMC telah mengusahakan beberapa pakej seperti pakej Rahmah Siswa, yang menyediakan 30 GB data untuk enam bulan yang merupakan 50 peratus lebih murah untuk mahasiswa, tapi maklum balas yang kami terima daripada pelajar ialah mereka mengharapkan Wi-Fi kampus itu (kerana) jaringannya lebih meluas.

“Insya-Allah dengan siapnya jumlah hampir 35,000 titik akses menjelang bulan Julai nanti, saya harap ini akan dapat menyelesaikan secara menyeluruh masalah Internet di semua universiti awam,” katanya.

Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut menyampaikan sumbangan 50 komputer riba kepada mahasiswa UM, terutama yang terjejas akibat banjir pada hujung tahun lepas. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ‘Pengalaman pertama saya naik helikopter, saya langsung tak menjangka’ – Syafinaz Deng
Next: Sistem PRABN akan dipasang di seluruh Sarawak, bantu beri amaran tiga jam sebelum banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.