TANJUNG MANIS: Sejumlah 30 keluarga yang amat memerlukan bantuan di sekitar Tanjung Manis, Kampung Jerijeh, Kampung Belawai dan Kampung Sebayang telah menerima sumbangan dari Maritim Malaysia, Zon Tanjung Manis.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis, Komander Maritim, Mohd Ariz Md Kassim berkata, sumbangan ini adalah berupa barangan keperluan dapur bagi golongan yang amat memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa ke-3.
“Masyarakat di sekeliling dimohon untuk sentiasa tenang dan duduk di rumah masing- masing serta tidak merayau tanpa urusan penting.
“Pastikan kebersihan diri sentiasa diutamakan sepanjang PKP ini,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi satu kenyataan, pagi semalam.
Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh pegawai dan kakitangan Maritim Zon Tanjung Manis kepada keluarga-leuarga tersebut, kelmarin.
Dalam pada itu, Mohd Ariz mengucapkan ribuan penghargaan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang turut membantu menyampaikan sumbangan serta menderma keperluan tersebut bagi meringankan beban yang ditanggung oleh golongan sasar.