3 maut dalam kebakaran ketika protes di Makassar

Facebook
WhatsApp
BANGUNAN Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kota Makassar dibakar semasa protes di Makassar, Sulawesi Selatan, pada 29 Ogos 2025. Foto AFP

MAKASSAR, Indonesia: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dalam satu kebakaran yang tercetus di bangunan majlis perbandaran di Makassar, Indonesia Timur, susulan tindakan penunjuk perasaan, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP hari ini.

Kejadian itu berlaku selepas protes besar-besaran tercetus di seluruh negara berikutan kematian seorang pemandu teksi motosikal yang dilanggar kenderaan polis.

“Dalam kejadian malam tadi, tiga orang disahkan meninggal dunia. Dua maut di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital. Mereka terperangkap dalam bangunan yang terbakar,” kata Setiausaha Majlis Bandaraya Makassar, Rahmat Mappatoba, sambil menuduh penunjuk perasaan menyerbu masuk ke dalam pejabat dan mencetuskan kebakaran.

“Ini di luar jangkaan kami. Selalunya semasa demonstrasi, penunjuk perasaan hanya membaling batu atau membakar tayar di hadapan pejabat. Mereka tidak pernah menyerbu atau membakar bangunan,” katanya.

Dua daripada mangsa merupakan kakitangan majlis tempatan, manakala seorang lagi adalah penjawat awam.

Sekurang-kurangnya empat individu cedera dalam insiden tersebut dan kini sedang dirawat di hospital, tambah beliau.

Kebakaran itu telah berjaya dipadamkan sepenuhnya. – AFP

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan

Indonesia keluar amaran ombak tinggi

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG) hari ini mengeluarkan amaran ombak setinggi sehingga empat meter di beberapa perairan