Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 3 lagi ditahan berhubung kes curi 423 juta yen di Tokyo
  • GLOBAL

3 lagi ditahan berhubung kes curi 423 juta yen di Tokyo

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

TOKYO: Seorang anggota kanan Yakuza dan dua individu lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian wang tunai kira-kira 423 juta yen (AS$2.6 juta) di sebatang jalan di daerah Ueno, Tokyo pada Januari, kata polis hari ini, lapor Kyodo News.

Lima individu sebelum ini telah didakwa berhubung kes itu.

Polis tidak mendedahkan sama ada suspek mengaku terhadap dakwaan berkenaan.

Menurut polis, wang tunai kira-kira 3.6 juta yen yang dipercayai sebahagian daripada hasil curi ditemukan di rumah mereka dan beberapa lokasi lain.

Penyiasat percaya mangsa kecurian itu bercadang menggunakan wang tunai berkenaan untuk membeli emas di Hong Kong.

Polis sedang menyiasat kemungkinan kaitan antara kes kecurian itu dengan dua kes hampir sama yang berlaku selepas itu, iaitu cubaan rompakan di kawasan parkir di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo dan satu kes kecurian di Hong Kong. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua tebusan dibebaskan dalam kes culik di bank California
Next: Perancis kenakan denda 22 juta euro terhadap Shein atas pelanggaran hak pengguna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.