
PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak mengisytiharkan 3 dan 4 Jun ini sebagai hari kelepasan am gantian susulan pertindihan beberapa cuti umum pada awal bulan depan.
Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Sarawak hari ini, pengisytiharan itu dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 5 Ordinan Hari Kelepasan Am.
Kenyataan itu memaklumkan, Yang di-Pertua Negeri telah memperaku pengisytiharan hari kelepasan am gantian berikutan pertindihan cuti umum terbabit.
“Sehubungan itu, 3 Jun 2026 adalah hari kelepasan am gantian bagi Hari Wesak yang jatuh pada 31 Mei 2026.
“Pada 4 Jun 2026 pula adalah hari kelepasan am gantian bagi Hari Gawai Dayak yang jatuh pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong pada 1 Jun 2026,” menurut kenyataan tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, pengisytiharan berkenaan dibuat sebagai gantian kepada hari-hari kelepasan am yang telah diperuntukkan dalam Jadual Pertama Ordinan Hari Kelepasan Am.
Oleh Shahrul Qaizat