Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan
  • GLOBAL

295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan

Utusan Sarawak 6 months ago

Kanak-kanak bermain air banjir selepas Filipina dibadai tiga taufan sejak beberapa minggu ini.

MANILA: Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga, lapor Agensi Berita Filipina (PNA) yang memetik Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC).

Dalam kemas kini pada 8 pagi Isnin, NDRRMC memaklumkan mereka yang terjejas akibat Taufan Nika (Toraji), Ofel (Usagi) dan Pepito (Man-yi) tinggal di 3,358 tempat perlindungan di enam wilayah.

Keluarga itu mewakili seramai 1,145,942 orang dari Wilayah 1, 2 dan 3, Mimaropa, Wilayah 5, dan Wilayah Pentadbiran Cordillera (CAR).

Masih tiada laporan kematian setakat ini, tambahnya.

Setakat ini, 104,830 keluarga atau 446,177 orang sedang dibantu di 2,717 pusat pemindahan manakala 66,681 keluarga atau 238,894 individu sedang dibantu di luar (pusat pemindahan).

Sementara itu, jumlah rumah yang dilaporkan rosak akibat tiga taufan itu adalah sebanyak 7,838 dan kerosakan ini direkodkan di Wilayah 1, 2, 3, dan CAR.

Daripada jumlah itu, 7,401 rumah diklasifikasikan sebagai “rosak sebahagian” manakala 437 lagi dilabelkan sebagai “musnah.”

Kerugian dalam sektor pertanian dianggarkan bernilai 8,640,199.46 peso Filipina (RM659,819) dan kerosakan ini direkodkan di Wilayah 1 dan 3.

Sementara itu, kerosakan infrastruktur dianggarkan bernilai PHP469,847,274.36, yang berlaku di Wilayah 2, 3 dan CAR. – Bernama-PNA

Continue Reading

Previous: Hartawan minyak Singapura dipenjara hampir 18 tahun kerana tipu HSBC
Next: Sekurang-kurangnya 8 maut Taufan Man-Yi landa Filipina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.