28 terselamat, nahas pesawat di Kazakhstan

Facebook
WhatsApp
Gambar dron menunjukkan badan pesawat Azerbaijan Airlines yang terhempas di bandar Aktau, Kazakhstan.

MOSCOW: Seramai 28 orang termasuk dua kanak-kanak dilaporkan terselamat dalam nahas pesawat penumpang di Aktau, Kazakhstan, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan, pesawat Azerbaijan Airlines yang berlepas dari Baku menuju Grozny disahkan terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.

Punca awal nahas dikaitkan dengan perlanggaran pesawat dengan sekumpulan burung, menurut Azerbaijan Airlines.

Kementerian Pengangkutan Kazakhstan mengesahkan terdapat 62 penumpang dan lima anak kapal di dalam pesawat malang itu.– BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Ancaman bom ganggu penerbangan di Eropah

LONDON, 4 November: Kira-kira 10 penerbangan di Eropah menjadi sasaran ancaman bom, menyebabkan sebuah lapangan terbang di Warsaw ditutup sementara