Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 26 warga asing ditahan dalam Ops Gegar di Niah
  • JENAYAH

26 warga asing ditahan dalam Ops Gegar di Niah

Utusan Sarawak 5 hours ago
PERIKSA… Sebahagian daripada 26 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah premis hiburan di Niah, semalam. – Foto JIM Sarawak

MIRI: Seramai 26 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Ops Gegar yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak di sebuah premis hiburan di Niah, awal pagi semalam.

Menurut kenyataan JIM Sarawak, operasi oleh Pasukan Tindakan Khas (PTK) itu dilaksanakan hasil risikan dan pemantauan selama beberapa minggu susulan maklumat bahawa premis berkenaan dipercayai menggaji serta melindungi warga asing tanpa dokumen sah.

PERIKSA… Sebahagian daripada 26 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah premis hiburan di Niah, semalam. – Foto JIM Sarawak

Dalam operasi bermula sekitar 1.00 pagi itu, seramai 31 individu diperiksa, melibatkan lima warga tempatan dan 26 warganegara Indonesia.

Hasil pemeriksaan mendapati hanya empat warga asing memiliki pasport, manakala selebihnya gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

PERIKSA… Sebahagian daripada 26 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah premis hiburan di Niah, semalam. – Foto JIM Sarawak

“Kesemua 26 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen termasuk menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara, tinggal lebih masa serta tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

“Tangkapan dibuat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang sedang berkuat kuasa.

PERIKSA… Sebahagian daripada 26 warga asing ditahan dalam satu operasi penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah premis hiburan di Niah, semalam. – Foto JIM Sarawak

“Siasatan awal turut mendapati pemilik atau majikan premis dipercayai menggaji warga asing tanpa permit kerja sah selain membenarkan kehadiran pendatang tanpa izin di premis berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Bekenu untuk tindakan lanjut, manakala siasatan terhadap majikan masih diteruskan.

Oleh Adum Liu

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki dicekup, dadah RM634,000 dirampas
Next: 45 warga asing ditahan dalam serbuan di tapak pembinaan di Kuching – JIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.