Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • 25 Warga asing ditahan dalam Op mengejut
  • JENAYAH

25 Warga asing ditahan dalam Op mengejut

Utusan Sarawak 10 hours ago
SERAMAI 25 warga asing ditahan dalam Op mengejut pagi tadi. Foto Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak (JIMS)

KUCHING: Pasukan Tindakan Khas (PTK) Jabatan Imigresen Malaysia, Sarawak (JIMS), telah melaksanakan operasi penguatkuasaan dilaksanakan bermula seawal 1.00 pagi tadi di dua tapak pembinaan sekitar Kuching.

Risikan awal mendapati kawasan tersebut menjadi lokasi tumpuan warga asing yang disyaki bekerja secara haram.

Seramai 25 individu telah ditahan, terdiri daripada 21 lelaki dan 4 perempuan, dan kesemua mereka merupakan warganegara Indonesia.

Antara kesalahan yang dikesan termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan, serta penyalahgunaan pas lawatan sosial.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM menyeru orang awam dan majikan agar terus bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam memastikan undang-undang imigresen dipatuhi, serta melaporkan sebarang kegiatan PATI kepada pihak berkuasa terdekat.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis buru lima lelaki menyamar polis, samun keluarga pesara
Next: Cathilyenn, Izzat yang hilang kini di London

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.