247 petani Bukit Saban terima bantuan racun perosak

Facebook
WhatsApp
SERAMAI 247 petani di kawasan Bukit Saban menerima bantuan racun perosak menerusi program anjuran Pusat Khidmat ADUN N.37 Bukit Saban di Spaoh, semalam. Foto Douglas Uggah Embas Official

SPAOH: Seramai 247 petani di kawasan Bukit Saban menerima bantuan racun perosak menerusi program anjuran Pusat Khidmat ADUN N.37 Bukit Saban yang berlangsung di sini semalam.

Bantuan berkenaan dilihat sebagai satu langkah bagi meringankan beban kos input pertanian yang ditanggung petani, khususnya menjelang musim penanaman padi tahun ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata sokongan seumpama itu penting bagi memastikan golongan petani menguruskan kos penanaman dengan lebih baik, sekali gus meneruskan aktiviti pertanian dapat diteruskan secara teratur.

“Bantuan seperti ini diharap dapat meringankan beban petani, terutama dalam menguruskan kos input pertanian.

“Pada masa sama, kita mahu memastikan mereka dapat meneruskan aktiviti penanaman dengan lebih teratur dan baik,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban berkata sokongan berterusan kepada golongan petani amat penting bagi memastikan sektor pertanian di kawasan luar bandar terus berkembang serta menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat setempat.

Menurutnya, bantuan yang disalurkan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi membantu meningkatkan hasil tanaman serta mengembangkan usaha pertanian yang dijalankan penduduk.

“Kita berharap bantuan yang diterima dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya. Apa yang penting ialah hasil tanaman dapat dipertingkatkan dan usaha para petani terus berkembang,” katanya.

Program berkenaan turut menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dalam mebentuk pembangunan Sarawak yang inklusif dan mampan, dengan sektor pertanian kekal sebagai antara bidang penting dalam memperkukuh ekonomi masyarakat luar bandar.

Wakil Pusat Khidmat ADUN N.37 Bukit Saban, Nahariah Mohd Spawi, turut hadir mewakili Datuk Amar Douglas Uggah Embas bagi menyempurnakan penyampaian simbolik bantuan kepada penerima.

Inisiatif tersebut diharap dapat membantu melancarkan musim penanaman kali ini, selain menyokong usaha meningkatkan produktiviti dan hasil padi dalam kalangan petani di kawasan Bukit Saban.

Oleh Adi Safarman