Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 24,000 sudah jalani saringan Covid-19
  • GLOBAL

24,000 sudah jalani saringan Covid-19

Utusan Sarawak 5 years ago
Kes kluster bar dan kelab malam di Itaewon mencecah 120 pada Rabu menyumbang lebih separuh daripada kes yang dilaporkan di Seoul. • Foto bernama

SEOUL:  Lebih 24,000 orang yang mempunyai kaitan dengan kawasan wabak di kejiranan Itaewon sudah menjalani ujian saringan Covid-19, kata Datuk Bandar Seoul pada Khamis lapor agensi berita Yonhap.

“Jumlah kumulatif ujian berkaitan dengan wabak di Itaewon mencecah 24,082 setakat ini,” kata Datuk Bandar Park Won-soon dalam wawancara dengan radio TBS. 

Kes kluster bar dan kelab malam di Itaewon mencecah 120 pada Rabu  menyumbang lebih separuh daripada kes yang dilaporkan di Seoul.

Berikutan kebimbangan kes jangkitan semakin meningkat, Seoul mengadakan ujian secara percuma dan pelawat yang takut untuk memberikan maklumat peribadi mereka boleh menjalani saringan tanpa nama.

“Ujian tanpa nama itu berkesan. Sejak diperkenalkan, jumlah ujian meningkat lapan kali ganda,” kata Park.

Tanpa memberikan butiran lanjut, Park berkata jumlah kes yang dicatatkan menerusi saringan tanpa nama itu tidak akan didedahkan. 

Katanya, ia bertujuan untuk memastikan semua yang mengunjungi pusat hiburan yang terjejas itu menjalani ujian saringan Covid-19.

Beliau turut memberi amaran mereka yang tidak mematuhi perintah ujian saringan boleh dikenakan denda sehingga dua juta won (AS$1,629).- Bernama

Continue Reading

Previous: Lima maut, ventilator meletup
Next: Pemutus rantaian ubah pola membaca

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.