24 Renjer SFC dilatih tangani tapak jenayah hidupan liar

Facebook
WhatsApp
SERAMAI 24 Renjer Penjaga Hidupan Liar (WGR) dari pelbagai Pejabat Wilayah SFC telah menyertai Kursus Latihan Lapangan Pemeliharaan Lokasi Jenayah di Rizab Semulajadi Piasau baru-baru ini. Foto SFC

MIRI: Seramai 24 Renjer Penjaga Hidupan Liar (WGR) dari pelbagai Pejabat Wilayah Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) telah menyertai Kursus Latihan Lapangan Pemeliharaan Lokasi Jenayah di Rizab Semulajadi Piasau dari 21 hingga 25 Julai yang lalu.

Kursus tersebut dilaksanakan menerusi kerjasama antara TRACE Rangkaian Forensik Hidupan Liar dan SFC di bawah projek bertajuk Pemeliharaan Kawasan Perlindungan yang dibiayai Bureau of International Narcotics and Law Enforcement (INL), Jabatan Negara Amerika Syarikat.

SERAMAI 24 Renjer Penjaga Hidupan Liar (WGR) dari pelbagai Pejabat Wilayah SFC telah menyertai Kursus Latihan Lapangan Pemeliharaan Lokasi Jenayah di Rizab Semulajadi Piasau baru-baru ini. Foto SFC

Latihan ini bertujuan mempertingkatkan kecekapan anggota barisan hadapan dalam pengurusan lokasi jenayah berkaitan hidupan liar khususnya dari aspek pemeliharaan awal tapak kejadian. 

Program ini menggabungkan sesi pengajaran dalam kelas dan latihan praktikal di lapangan yang dikendalikan jurulatih berpengalaman dari TRACE.

SERAMAI 24 Renjer Penjaga Hidupan Liar (WGR) dari pelbagai Pejabat Wilayah SFC telah menyertai Kursus Latihan Lapangan Pemeliharaan Lokasi Jenayah di Rizab Semulajadi Piasau baru-baru ini. Foto SFC

Penganjuran kursus ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan SFC bukan sahaja di kawasan perlindungan malah di lokasi bukan perlindungan yang dikenal pasti sebagai keutamaan.

Kerjasama berterusan antara TRACE dan SFC ini dijangka dapat mempertingkatkan lagi usaha pemuliharaan biodiversiti negeri.