Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • 24 regu bakal berentap rebut Piala Parlimen Lanang
  • SUKAN

24 regu bakal berentap rebut Piala Parlimen Lanang

Utusan Sarawak 11 hours ago
PIHAK PENGANJUR… Pasukan KESIJA yang diketuai Hassan (berdiri, dua kiri) bersedia untuk menganjurkan pertandingan tersebut.

SIBU: Kelab Sepak Takraw Sibu Jaya (KESIJA) akan menganjurkan Pertandingan Sepak Takraw Piala Parlimen Lanang P211 yang dijadual berlangsung pada 24 dan 25 Mei ini di Gelanggang Sepak Takraw Sibu Jaya, di sini.

Presiden KESIJA, Hassan Abdul Hamid, berkata pertandingan dua hari itu dianjurkan dengan sokongan penuh daripada Pusat Khidmat Parlimen Lanang P211 dan dibuka kepada 24 regu sahaja.

Yuran penyertaan, katanya, ditetapkan sebanyak RM100 bagi setiap pasukan.

“Pertandingan ini akan menyaksikan regu-regu terbaik dari sekitar kawasan ini bersaing merebut gelaran juara serta hadiah menarik yang ditawarkan.

“Pasukan juara bakal membawa pulang RM1,000, berserta piala dan trofi, manakala naib juara akan menerima RM500, juga dengan piala dan trofi,” katanya kepada pemberita hari ini.

JOM… Pasukan sepak takraw di Sibu dan kawasan sekitarnya dijemput menyertai pertandingan anjuran KESIJA ini.

Menurut Hassan, dua pasukan yang menduduki tempat ketiga bersama pula akan menerima hadiah wang tunai RM250 setiap satu, termasuk piala dan trofi.

Beliau turut memaklumkan bahawa tarikh akhir pembayaran yuran penyertaan adalah pada 22 Mei, dan cabutan undi bagi menentukan regu yang bertanding akan diadakan pada hari sama, 6.00 petang di gelanggang pertandingan.

Justeru, pasukan-pasukan sepak takraw dari Sibu dan kawasan berdekatan dijemput menyertai pertandingan ini yang bukan sahaja menawarkan hadiah menarik, tetapi turut menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu dalam arena sepak takraw tempatan.

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, orang ramai boleh menghubungi Hassan di talian 014-8944785 atau Hussein Abdul Hamid di 014-5992369.

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Impian jadi juara dunia bukan sekadar cakap, perlu ada tindakan
Next: Cape Verde uji Harimau Malaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.