Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 234 unit lampu LED siap dipasang di empat jalan utama
  • Tengah
  • WILAYAH

234 unit lampu LED siap dipasang di empat jalan utama

Utusan Sarawak 7 months ago

SIBU: Sebanyak 234 unit lampu LED telah siap dipasang di sepanjang empat jalan utama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan. 

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee berkata, antara jalan tersebut ialah Jalan Teng Chin Hua, Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Wong Soon Kai, dan Jalan Wawasan. 

“Saya telah memperuntukkan sebanyak RM271,800 dari dana Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) saya tahun ini bagi memasang lampu jalan tersebut. 

“Dana ini telah disalurkan kepada Majlis Perbandaran Sibu (MPS) untuk melaksanakan pemasangan lampu-lampu LED baru ini,” katanya kepada media pada majlis penyerahan projek siap LED hari ini.

Menurutnya, tujuan projek ini dijalankan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya dengan memastikan semua jalan utama mempunyai pencahayaan yang lebih jelas dan terang pada waktu malam.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan, katanya, beliau turut menyuarakan hasrat untuk memasang lampu LED di jalan-jalan protokol di kawasannya. 

Menurutnya, beliau akan berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu untuk mempertimbangkan penukaran lampu di jalan-jalan berkenaan dan akan menyediakan dana RTP bagi pelaksanaan projek jika mendapat persetujuan JKR.

“Jalan protokol adalah penting, dan saya berharap lampu LED dapat dipasang untuk meningkatkan keselamatan dan keceriaan kawasan,” tambahnya.

Oleh TARANI LANTING 

Continue Reading

Previous: Warga SJKC Wah Man sertai latihan keselamatan kebakaran
Next: Bomba guna 41 minit tangkap ular seberat hampir 20kg

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.