Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 23 hilang, banjir di Indonesia
  • GLOBAL

23 hilang, banjir di Indonesia

Utusan Sarawak 5 years ago

Villagers walk through a flooded area in Radda village in North Luwu regency, South Sulawesi on July 14, 2020, after three rivers overflowed due to torrential rains. - At least 15 people died and dozens others were missing after flash floods caused by torrential rains left hundreds of houses buried in mud in Indonesia, authorities said. (Photo by Aryanto / AFP)

JAKARTA: Pasukan penyelamat di Indonesia meneruskan usaha mencari 23 mangsa banjir yang masih hilang selepas hujan lebat di Sulawesi Selatan menyebabkan air sungai melimpah membawa lumpur dan sampah memasuki rumah.

Jurucakap Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan, Raditya Jati berkata, sekurang-kurangnya 16 mangsa sudah disahkan maut.

“Jalan di wilayah ini dipenuhi lumpur sehingga laluan ke pusat kawalan utama serta kawasan terjejas tersekat,” katanya.

Pegawai daerah Luwu Utara, Putri Indriani, berkata banjir yang melanda petang Isnin lalu itu berlaku akibat hujan lebat yang menyebabkan air di tiga sungai melimpahi tebing.

“Banjir ini menjejaskan lebih 4,000 penduduk di enam wilayah daerah kecil di Luwu Utara.

Hujan lebat kerap mengakibatkan tanah runtuh dan banjir kilat di Indonesia, yang mana sebahagian besar penduduk tinggal di kawasan bergunung atau dataran yang mudah banjir. – AFP

Continue Reading

Previous: Vietnam kini catat 16 kes positif Covid-19
Next: AS catat 63,262 jangkitan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.