Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 22 TERKORBAN dalam pesawat terhempas
  • GLOBAL

22 TERKORBAN dalam pesawat terhempas

Utusan Sarawak 5 years ago

KIEV: Sekurang-kurangnya 22 orang termasuk anggota kadet tentera maut selepas sebuah pesawat tentera Ukraine terhempas berhampiran Kharkiv di timur negara itu semalam.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Anton Gerashchenko ketika mengesahkan perkara itu kepada AFP turut memberitahu dua lagi mangsa parah.

“Kebanyakan mangsa adalah penuntut Universiti Tentera Udara Kebangsaan Kharkiv,” kata kenyataan rasmi tentera udara negara itu dalam satu kenyataan.

Pesawat berkenaan dinaiki 27 orang dengan 20 daripadanya adalah anggota kadet dan tujuh kru.

Ketika ini, pihak berkuasa masih menjalankan kerja mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

Pesawat berkenaan terhempas pada 8.50 malam waktu tempatan, dua kilometer dari pangkalan tentera Chuhuiv.

Menerusi foto yang dikeluarkan oleh pasukan penyelamat, bomba melakukan kerja-kerja memadam kebakaran bangkai pesawat berkenaan.

Pesawat itu dikatakan terbakar selepas terhempas dan bomba berjaya memadam kebakaran selepas sejam.-AFP

Continue Reading

Previous: Australia kesan lebih 380 pusat tahanan Uighur
Next: AS sekat hakim Iran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.