Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 21 penerima terima sumbangan bakul makanan
  • TEMPATAN

21 penerima terima sumbangan bakul makanan

Utusan Sarawak 4 years ago
PRIHATIN… Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyaksikan simbolik penyerahan sumbangan bakul makanan kepada 21 wakil penerima menerusi Program Kamek Prihatin yang berlangsung di MBKS, semalam.

KUCHING: Seramai 21 wakil penerima menerusi Program Kamek Prihatin menerima sumbangan bakul makanan yang disampaikan oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menerusi Program Kamek Prihatin yang berlangsung di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), semalam.

Program penyerahan sumbangan tersebut melibatkan 200 penerima secara keseluruhannya bagi penduduk di bawah seliaan MBKS yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya dan golongan yang dikategorikan sebagai kelompok B40.

Antara sumbangan yang diagihkan adalah seperti beras, gula dan beberapa barangan keperluan asas yang lain.

Bantuan tersebut merupakan hasil kerjasama Yayasan Ragad bersama Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak bagi menyantuni golongan yang memerlukan bantuan semasa pandemik Covid-19.

Majlis simbolik penyerahan tersebut turut dihadiri oleh Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ragad, Datuk Riffai Husain, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng dan tetamu kehormat lain.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: VAKSINASI REMAJA RABU INI
Next: Pameran Bergerak JaPen sebar maklumat patriotik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.