Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 21 pelajar IPTA, IPTS kembali ke Lawas
  • TEMPATAN

21 pelajar IPTA, IPTS kembali ke Lawas

Utusan Sarawak 5 years ago
SELAMAT PULANG… Sebahagian pelajar daripada Daerah Lawas yang dihantar pulang oleh Kerajaan Sarawak menggunakan bot ekspres daripada Limbang ke Lawas.

LAWAS: Seramai 21 penuntut daripada institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta  (IPTS) Labuan telah kembali ke Lawas semalam.

Menurut Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi semua mereka telah menjalani tempoh masa kuarantin di Purnama Hotel Limbang selama lebih kurang 10 hari bermula 3 hb Mei 2020.

Semua pelajar ini didapati NEGATIF COVID19 sebelum dibenarkan balik ke Lawas menggunakan bot ekspres khas yang diurus jawatan kuasa pengurusan bencana Bahagian Limbang dan kerajaan Sarawak.

Bagi pelajar-pelajar yang akan berangkat balik ke Lawas pada hari ini adalah berjumlah seramai 21 orang pelajar.

Mereka ini menuntut di berbagai institusi pengajian tinggi iaitu Kolej Matrikulasi Labuan (KLM) seramai 18 orang.

Seorang penuntut bidang Management And Science University Labuan MSU.

Dua lagi adalah pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan UMSKL.

Pelajar ini terdiri daripada 12 orang pelajar perempuan dan 9 orang pelajar lelaki.

Mereka telah dihantar oleh Ir Ahmad Denney di Dermaga Kastam Limbang hari ini.

Continue Reading

Previous: Ramai penduduk terputus hubungan
Next: Bekalan barang basah di Bintulu cukup

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.