MARUDI: Sejumlah RM190,074.00 peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) diagihkan kepada 21 organisasi di kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Marudi dan disampaikan oleh Menteri Muda Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi Datu Dr. Penguang Manggil, baru-baru ini.
Cek MRP berkenaan diserahkan kepada Biro Wanita Rumah Asi Sayun ( RM5,000), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Katherine Sunday ( RM10,000), JKKK Rumah Julau Sg Kelabit (RM10,000), Bekalan Bahan Binaan Rumah Duri Nangga Lait (RM20,000), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam ( RM10,000), PIBG SK Pengarah Enteri (RM10,000) dan Biro Wanita Rumah Pengabang ( RM5,000).
Turut menerima dana ialah Biro Wanita Rumah Anthony Kedit Logan Manok ( RM5,000), JKKK Rumah Tan Lunsa (RM10,000), JKKK Rumah Nyala Bukit Limau ( RM10,000), Biro Wanita Rumah Lingga Sungai Nat ( RM5,000), JKKK Rumahh Rantai Sungai Kelabit ( RM10,000), Biro Wanita Rumah Rantai ( RM5,000), Biro Wanita Rumah Dasu (RM5,000), Biro Wanita Rumah Liboh ( RM5,000 ), Biro Wanita Rumah Engkamat ( RM5,000), JKKK Rumah Micheal Bangat ( RM10,000 ), Bahan Binaan Rumah Nuing ( RM19,992 ), Bahan Binaan Rumah Rawing ( RM5082), Jawatankuasa Tokong Dashin Lapok ( RM10,000 ), JKKK Rumah Rantai Sungai Marroy Peking ( RM15,000 ).
Beliau menyerahkan cek berkenaan selepas melawat projek rakyat ‘Beluru Sports Complexs’ yang baharu dimulakan oleh kontraktor Majlis Daerah Marudi.
Menurut Penguang, apabila siap kelak ia akan menjadi kompleks sukan pertama di kawasan ini.
Penguang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Marudi turut melawat beberapa projek dewan serbaguna dan naik taraf jalan rumah panjang sekitar daerah Beluru.
Jelas Penguang, projek rakyat yang telah diluluskan pada 2019 sekarang giat dilaksanakan sejak akhir tahun lepas setelah sedikit tertangguh akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas.
Bagi projek-projek baik pulih jalan pula, ia dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh agensi tersebut.
Oleh JIKU JUGUONG