Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 21 murid SK Abang Abdul Rahman terima bantuan cermin mata
  • Tengah
  • WILAYAH

21 murid SK Abang Abdul Rahman terima bantuan cermin mata

Utusan Sarawak 5 hours ago
KAUNSELOR Majid Amit Zainuddin yang mewakili ADUN Kalaka hadir pada majlis Penyerahan Bantuan Cermin Mata kepada murid sekolah SK Abang Abdul Rahman Saratok hari ini. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Seramai 21 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Abdul Rahman Saratok telah menerima bantuan wang tunai bagi tujuan pembelian cermin mata berjumlah RM250 bagi seorang murid di Dewan Pejabat Daerah Saratok, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri yakin majlis ini bukan hanya sekadar simbolik penyampaian bantuan kewangan, tetapi merupakan lambang komitmen dan kepedulian kita bersama terhadap masa depan generasi muda khususnya dalam memastikan tiada anak-anak kita yang tercicir daripada arus pendidikan hanya kerana halangan penglihatan.

“Bagi saya, ini bukan soal bantuan bersifat material semata-mata. Ini adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang dalam membangunkan modal insan negara iaitu pelaburan dalam potensi dan impian anak-anak ini yang suatu hari nanti akan menjadi doktor, jurutera, guru, pentadbir, pemimpin atau mungkin wakil rakyat menggantikan saya sendiri.

“Dalam pengalaman saya sebagai wakil rakyat, saya telah melihat sendiri bagaimana kekangan kecil seperti masalah rabun boleh memberi kesan besar kepada prestasi seorang murid. 

“Seorang murid yang tidak dapat melihat dengan jelas akan tertinggal dalam kelas, hilang fokus, hilang keyakinan dan akhirnya mungkin putus asa. Maka dengan usaha hari ini kita sedang mengubah jalan hidup mereka dari kekaburan kepada kejelasan, dari kesulitan kepada keyakinan dan semoga akhirnya nanti berbuah kecemerlangan yang manis,” katanya.

Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Ahli Majlis Daerah Saratok, Kaunselor Majid Amit Zainuddin.

Mohamad Duri berharap murid-murid yang menerima bantuan ini agar memanfaatkannya dengan sebaik mungkin dan jadikanlah cermin mata itu nanti bukan hanya untuk melihat papan putih di kelas tetapi juga untuk melihat masa depan anak-anak dengan lebih jelas dan yakin.

“Bantuan kewangan yang diberikan ini adalah khusus untuk pembelian cermin mata bagi murid-murid yang telah dikenal pasti melalui permohonan dan saringan yang telah dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing. 

“Saya berharap amanah yang diberikan agar menggunakan bantuan ini untuk membeli cermin mata anak-anak dapat dilaksanakan seperti yang dikehendaki,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Duri turut mengucapkan penghargaan terima kasih di atas kerjasama erat antara Pejabat Pendidikan Daerah Saratok, Yayasan Pelajaran MARA dan pihak sekolah khususnya SK Abang Abdul Rahman dapat menzahirkan usaha yang sangat murni ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Pelajaran MARA yang telah menyediakan peruntukan khas untuk bantuan ini pada hari ini. 

“Yayasan Pelajaran MARA ini telah lama menjadi rakan strategik dalam membantu pelajar yang memerlukan dan hari ini adalah bukti nyata bagaimana mereka terus memainkan peranan yang besar dalam pembangunan pendidikan negara,” ujarnya.

Untuk rekod, seramai 90 murid daripada 26 buah sekolah rendah di Daerah Saratok yang layak telah menerima bantuan cermin mata berjumlah RM250 bagi seorang murid yang berjumlah RM22,500 keseluruhan.

Turur hadir Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok, Awet Gapor, Guru Besar SK Abang Abdul Rahman, Mahrup Engga, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sektor Pembangunan Murid PPD Saratok, Julia Dolen, Pegawai Perhubungan Pendidikan Yayasan Pelajaran Negeri Sarawak, Naziela Shahdan Osman, Pegawai dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) Negeri Sarawak, Faridah Drahman dan Pegawai dari MARA Betong, Dunstan Armando Tata.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BSMM Sarikei sambut Hari Palang Merah Sedunia, angkat bayi lahir 8 Mei
Next: SDNU Unit Bahagia Jaya dinobatkan juara pertandingan betabuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.