Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 21 maut dalam kebakaran hotel di New Delhi, India
  • GLOBAL

21 maut dalam kebakaran hotel di New Delhi, India

Utusan Sarawak 4 hours ago
21 maut dan 40 individu berjaya diselamatkan dalam insiden kebakaran di sebuah hotel di ibu negara India, New Delhi.
Foto: REUTERS

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 21 maut dalam insiden kebakaran di sebuah hotel di ibu negara India, New Delhi, kata pegawai hari ini, lapor Anadolu Ajansi.

Kejadian berlaku di Malviya Nagar kira-kira 8.50 pagi waktu tempatan (0320GMT).

Kenyataan Polis Delhi mengesahkan jumlah kematian, sambil menambah lebih 40 individu telah diselamatkan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Pegawai juga berkata kebakaran melibatkan bangunan bertingkat dan api berjaya dikawal.

Ketua Menteri Delhi Rekha Gupta berkata menerusi media sosial X, agensi tindak balas kecemasan telah digerakkan dengan operasi menyelamat dan bantuan sedang dijalankan.

Beliau berkata kerajaan memantau teliti situasi itu.Perdana Menteri Narendra Modi menyifatkan insiden itu sebagai “tragis”.

“Takziah saya kepada mereka yang kehilangan orang tersayang mereka. Semoga mereka yang cedera cepat sembuh. Pihak berkuasa menyediakan semua bantuan yang mungkin kepada mereka yang terjejas,” tambah beliau.

Punca kebakaran belum dikenal pasti, lapor Press Trust of India. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Taufan bawa hujan lebat ke Tokyo selepas melanda barat Jepun
Next: Dua tebusan dibebaskan dalam kes culik di bank California

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.