Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 2,000 dos suntikan HPV disediakan untuk program di UTS
  • Tengah
  • WILAYAH

2,000 dos suntikan HPV disediakan untuk program di UTS

Utusan Sarawak 7 months ago
UTAMAKAN KESIHATAN… Tiang merakam kenangan bersama orang ramai yang hadir pada program suntikan HPV di UTS, hari ini.

SIBU: Sebanyak 2,000 dos suntikan Papillomavirus Manusia (HPV) disediakan sepanjang program di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) bermula 28 hingga 29 September ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang berkata, program bermula 9.00 pagi hingga 3.30 petang ini dianjurkan oleh Pusat Khidmat Pelawan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan kerjasama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).

“Sebelum ini, kami membuka pendaftaran dalam talian dan setakat ini kami menerima lebih 800 pendaftaran. 

“Program ini tidak hanya terhad kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan sahaja. Kami mengalu-alukan individu dari seluruh Sibu untuk datang ke program ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa meninjau program tersebut, hari ini.

Tiang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan berharap program tersebut dapat meningkatkan kesedaran tentang kanser serviks di seluruh Sarawak.

“Saya ingin mengambil peluang ini untuk menggalakkan kesedaran tentang HPV yang boleh menyebabkan kanser, terutamanya kanser serviks di kalangan wanita. 

“Bagaimanapun, lelaki juga boleh terkena kanser tertentu yang disebabkan oleh virus HPV. Oleh itu, kami menggesa lelaki dan wanita untuk datang dan menerima vaksin,” ujarnya.

Katanya, kanser serviks yang disebabkan oleh HPV sangat boleh dicegah, terutamanya jika individu menerima vaksin HPV lebih awal.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wanita terperanjat monyet liar masuk bilik tidur
Next: MARA, JAKIM latih 20 pegawai jadi juruaudit Halal

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.