Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 200 bungkus bubur lambuk diagihkan
  • TEMPATAN

200 bungkus bubur lambuk diagihkan

Utusan Sarawak 5 years ago
TERIMA KASIH… Seorang wartawan menerima bubur daripada pegawai penerangan sempena Program Pengagihan Bubur Lambuk sempena Program Info-on-wheel Ramadan.

MUKAH: Sebanyak 200 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya di Kampung Petanak, pada Khamis lalu.

Program yang sememangnya aktiviti rutin semasa Bulan Ramadan ini diadakan di tepi jalan depan Surau Darul Hikmah di kampung tersebut.

Pengagihan bubur itu diketuai oleh Pegawai Penerangan Daerah Mukah, Syahrulizan Madian, yang dibantu oleh staf Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Mukah (JPM Mukah).

Turut hadir, Pengerusi Surau Darul Hikmah, Esgar Mudul dan Bilal Surau, Piee Manan.

Majlis Pengagihan Bubur Lambuk sempena Program Info-On-Wheel Ramadan (IWO)  itu adalah yang pertama dilaksanakan oleh JPM Mukah pada tahun ini.

Menurut Syahrulizan, taskirah bergerak adalah untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara Norma Baharu yakni dengan tidak berkumpul di satu tempat dengan jumlah yang dilarang semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang.

“Ini adalah Fasa Pertama IWO yang terdiri daripada lima program seumpamanya.

“Antara objektif ialah menyebarluaskan maklumat dasar-dasar kerajaan dan memastikan capaian maklumat yang lebih tersasar kepada kumpulan sasaran,” ujarnya.

Tambahnya, menerajui proses komunikasi bersemuka dengan hebahan melalui unit bergerak IOW supaya maklumat sampai terus ke peringkat akar umbi dan mempertingkatkan sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap usaha kerajaan.

Selain itu, ia juga memantapkan sistem penyampaian pihak kerajaan hingga ke peringkat akar umbi dan merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, memperjelaskan maklumat secara terus dan meningkatkan pemahaman serta mengelakkan salah tanggapan rakyat terhadap usaha kerajaan.

Dalam masa yang sama, adalah untuk  menzahirkan rasa keinsafan kepada semua rakyat Malaysia agar menghadapi ujian ini dengan penuh sabar dan bersatu hati, menzahirkan rasa kesyukuran terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada seluruh umat Islam, menyebarkan maklumat mengenai PKP dalam waktu perayaan di samping dasar kerajaan, dan menzahirkan solidariti rakyat Malaysia dalam memerangi Covid-19.

Selepas program di Kampung Petanak, kata Syarul,  mereka akan menganjurkannya di  Surau Kampung Penat Mukah pada 9 Mei,  Surau Kampung Kuala Lama Mukah (10 Mei),  Surau Kampung Judan Mukah(16 Mei) dan  Masjid Jamek Mukah( 17 Mei).

Continue Reading

Previous: Denda RM700, penjara gara-gara lepak ramai-ramai
Next: UNIMAS guna PdP untuk semester baru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.