200 ahli Bersatu Kubang Pasu keluar parti

Facebook
WhatsApp
AHLI Bersatu Bahagian Kubang Pasu menurunkan bendera Bersatu di hadapan Dewan Pusat Khidmat Parlimen Bersatu sebagai simbolik meninggalkan parti berkenaan di sini semalam. • Foto BERNAMA

JITRA: Kira-kira 200 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kubang Pasu mengisytiharkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa semalam.

Ia diketuai Bendahari Penaja Bahagian Tengku Anwar Tengku Daud yang turut disertai Naib Ketua Srikandi Bahagian Zakiah Yaakob dan Ketua Penerangan Armada Bahagian Mohd Saffiq Rodhi yang turut meletak jawatan masing-masing.

Bercakap pada sidang media  bagi mengumumkan perkara itu, Tengku Anwar berkata 25 daripada 35 ketua cawangan Bersatu di bahagian berkenaan turut meletak jawatan dan keluar parti.

Beliau berkata, mereka bercadang menyertai  parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). – Bernama