Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 20 warga emas, OKU terima sumbangan bakul makanan
  • Selatan
  • WILAYAH

20 warga emas, OKU terima sumbangan bakul makanan

Utusan Sarawak 2 months ago
RAKAM KENANGAN… Billy Sujang bersama yang lain bergambar pada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Hulu, Lundu. Foto UKAS

LUNDU: Seramai 20 warga emas dan orang kurang upaya (OKU) dari Zon 3 Biawak menerima sumbangan bakul makanan dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Pasir Hulu, di sini, pada Sabtu.

Program ini dikendalikan oleh Majlis Daerah Lundu (MDL), bertujuan melibatkan komuniti setempat dalam aktiviti kemasyarakatan serta memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang yang merasmikan program tersebut, berkata program CSR seperti ini amat penting kerana ia tidak hanya memberikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik, tetapi juga dapat merapatkan hubungan komuniti.

“Program seperti gotong-royong untuk kebersihan alam sekitar dan penyampaian bantuan bakul makanan adalah antara usaha kita untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat perhatian,” ujarnya.

Program ini juga menunjukkan usaha berterusan dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal, khususnya warga emas dan OKU, dalam menikmati kemudahan asas yang sepatutnya.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Niponi Undek dan Penghulu Kutong Enggang. – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Tiga kawasan rendah berisiko banjir dipantau
Next: RM23 juta dibelanjakan bantu mangsa bencana di Parlimen Julau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.