Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 20 individu dikompaun ingkar SOP
  • TEMPATAN

20 individu dikompaun ingkar SOP

Utusan Sarawak 4 years ago
OPERASI… Pelbagai agensi berkait yang diketuai oleh pihak PDRM dalam usaha memutuskan rantai wabak Covid-19 dengan memastikan SOP dipatuhi.

BINTULU: Sebanyak 20 kompaun telah dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah2 di dalam Kawasan Jangkitan) kepada individu yang gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam satu oleh agensi penguatkuasaan di Bintulu.
Ketua Polis Daerah Bintulu Suprintenden Zulkipli Suhaili berkata, daripada itu seramai 189 orang telah diperiksa.

“Pada 13 November 2020 jam 9.00 malam sehingga jam 2.00 pagi pada 14 November 2020 PDRM Bintulu telah menjalakan operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah serta Permatuhan SOP, dengab kekuatan 11 pegawai dan 45 anggota, juga turut dibantu operasi tersebut dari agensi lain iaitu ATM,PBT(BDA), RELA, SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu siaran media di sini semalam.
Menurutnya, kawasan operasi di adalah melibatkan Tanjung Kidurong, Sungai Plan, Kampung Jepak, Lapangan Terbang Bintulu, Bandaria Park, Medan Jaya, Medan Raya, Jalan Pantai Termasya, Jalan Paragon, Medan Sentral, Parcity dan Pasar Lama Bintulu.

“Seramai 189 orang telah diperiksa dan 40 buah kenderaan diperiksa dengan lima saman ke atas pengguna kenderaan pelbagai kesalahan”
“Pemantauan ke atas premis hiburan, rumah tumpangan, lain-lain premis sepanjang operasi tersebut,” ujarnya.

Sehubungan itu katanya, operasi seperti itui akan berterusan dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat Bintulu.

Oleh Ellie Edward

Continue Reading

Previous: Hampir 5 tahun tidak dibayar gaji
Next: Tanah runtuh di Kampung Tabuan Tengah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.