Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 2 rakyat Malaysia cedera ringan kemalangan bas di Norway – Wisma Putra
  • GLOBAL

2 rakyat Malaysia cedera ringan kemalangan bas di Norway – Wisma Putra

Utusan Sarawak 4 months ago

Kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.

PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri menjelaskan bahawa hanya dua rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Tasik Asvatnet, Norway pada 26 Disember.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan kedua-dua individu itu mengalami kecederaan ringan dan dikategorikan sebagai kes “tanpa kecederaan” oleh pihak berkuasa Norway. 

Mereka berada dalam keadaan sihat.

“Mereka telah meneruskan perjalanan di Norway tanpa sebarang komplikasi lanjut,” kata Kementerian Luar Negeri yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra pada Selasa.

Kementerian Luar Negeri juga menjelaskan bahawa laporan awal yang menyatakan terdapat empat rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan itu adalah disebabkan salah faham kerana dua lagi warganegara Malaysia menginap di hotel yang sama tetapi bukan sebahagian daripada kejadian itu. 

Menurut Wisma Putra, kementerian itu bagi pihak kerajaan Malaysia turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak berkuasa tempatan di Norway atas tindakan pantas dan bantuan yang amat bermakna kepada penumpang Malaysia yang terlibat.

Ia menekankan bahawa keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di luar negara kekal menjadi keutamaan kementerian. 

Bas itu dilaporkan membawa 58 penumpang termasuk warga China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis dan Ukraine. 

Kejadian itu berlaku pada 1.30 tengah hari waktu tempatan pada 26 Disember akibat keadaan cuaca buruk, menyebabkan bas hilang kawalan lalu terbabas.– BERNAMA

Continue Reading

Previous: Nahas pesawat Jeju Air: Mayat 174 mangsa sudah dikenal pasti
Next: Tragedi Disember: Penerbangan global akhiri 2024 dengan kesuraman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.