Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 2 maut, 10 cedera dalam serangan beruang di 6 wilayah Jepun sejak April
  • GLOBAL

2 maut, 10 cedera dalam serangan beruang di 6 wilayah Jepun sejak April

Utusan Sarawak 3 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto: AGENSI

TOKYO: Serangan beruang mengorbankan sekurang-kurangnya dua individu dan mencederakan 10 yang lain di enam wilayah di Jepun sejak April, menurut penyiar awam NHK, lapor Xinhua.

Daripada jumlah mangsa, sekurang-kurangnya lapan diserang di kawasan hutan, manakala lima daripadanya, termasuk dua yang maut, dipercayai menjadi mangsa ketika memetik tumbuhan liar yang boleh dimakan di kawasan pergunungan.

Sekurang-kurangnya dua insiden serangan berlaku di kawasan perumahan. Dalam satu kejadian, seorang wanita berusia lingkungan 40-an dicakar beruang ketika berjalan bersama anjing peliharaannya di kawasan kejiranan di Bandar Toyama, Wilayah Toyama. Dalam satu lagi kejadian, seorang lelaki berusia 48 tahun cedera diserang beruang ketika memeriksa sawah padi di Bandar Yurihonjo, Wilayah Akita.

Kementerian Alam Sekitar Jepun menggesa orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga termasuk membawa radio atau loceng beruang ketika berada di luar, bergerak secara berkumpulan dan bukannya bersendirian, mengelakkan meninggalkan sisa makanan di luar serta menyemak amaran terkini mengenai kehadiran beruang yang dikeluarkan kerajaan tempatan.

Menurut data rasmi, serangan beruang di seluruh Jepun mengakibatkan 238 mangsa pada tahun fiskal 2025 termasuk 13 kematian. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tanah runtuh di lombong Indonesia ragut sembilan nyawa
Next: Seorang pesakit maut, kebakaran di Pusat Jantung Hospital Surabaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.