Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 2.7 juta penduduk di Afrika terjejas akibat kemarau – PBB
  • GLOBAL

2.7 juta penduduk di Afrika terjejas akibat kemarau – PBB

Utusan Sarawak 2 years ago
Dalam laporan terkini di rantau itu, WFP berkata 1.7 juta orang di Somalia, 516,000 di Ethiopia dan 466,000 lagi di Kenya hilang tempat tinggal akibat kemarau.

ADDIS ABABA: Kemarau di rantau Afrika menyebabkan kira-kira 2.7 juta orang hilang tempat tinggal, menurut Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, lapor Xinhua.

Dalam laporan terkini di rantau itu, WFP berkata 1.7 juta orang di Somalia, 516,000 di Ethiopia dan 466,000 lagi di Kenya hilang tempat tinggal akibat kemarau.

Kebanjiran ratusan ribu pelarian di kawasan yang dilanda kemarau di tiga negara itu memburukkan lagi ketidakjaminan makanan di rantau itu.

“Rantau itu mengalami kemarau yang teruk berikutan musim hujan di bawah paras normal berturut-turut sejak akhir 2020 yang menjejaskan pertanian, ternakan, tumbuh-tumbuhan, sumber air, mata pencarian dan sumber ragut,” menurut laporan itu.

Kemarau yang berpanjangan di wilayah itu menyebabkan 23.4 juta orang mengalami kekurangan makanan dan 5.1 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan.

Awal tahun ini, WFP memberi amaran mengenai hujan sedikit antara Mac dan Mei 2023 yang memberi kesan buruk kepada komuniti di seluruh wilayah Afrika itu. – Bernama – Xinhua

Continue Reading

Previous: Lebih 1,500 penerbangan dibatalkan, ribut badai Timur Laut AS
Next: Thailand: Masa depan politik Pita ‘ibarat telur di hujung tanduk’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.