Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 19,167 penduduk PKPD Kota Setar disaring
  • TEMPATAN

19,167 penduduk PKPD Kota Setar disaring

Utusan Sarawak 5 years ago
SUASANA bandar raya Alor Setar kelihatan mendung dan sunyi berikutan cuaca hujan ketika tinjauan hari ke-10 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan secara Pentadbiran (PKPD) di Daerah Kota Setar. • Foto BERNAMA

ALOR SETAR: Seramai 19,167 penduduk dalam Daerah Kota Setar yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran, menjalani saringan Covid-19 sejak 11 September hingga semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Mohd Fikri Ujang berkata, sebelum ini, pihak- nya menganggarkan seramai 15,000 hingga 20,000 penduduk akan disa- ring, namun bilangan itu boleh meningkat sekiranya lebih banyak kes positif wabak itu dicatat.

“Untuk hari ini sahaja, seramai 450 petugas kesihatan telah digerakkan bagi membantu proses pengambilan sampel dan buat masa ini, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) hanya menggunakan khidmat petugas dari dalam Daerah Kota Setar dan daerah lain di negeri ini.

“Belum ada petugas kesihatan dari negeri lain yang dipanggil untuk membantu proses pengambilan sampel bagi tujuan saringan,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Dr. Mohd Fikri berkata, jumlah petugas secara harian juga adalah berbeza mengikut unjuran bilangan keperluan sampel yang perlu dibuat.

“JKN Kedah ingin mengingatkan orang ramai agar terus mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dalam memerangi penularan Covid-19 ini.

“Sebarang maklumat berkaitan Covid-19 boleh rujuk kepada Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar di talian 019-4053711,” katanya. — Bernama

Continue Reading

Previous: Bandar Spaoh bakal berkembang
Next: Pendidikan fokus utama Huang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.