Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 190 tawanan dibebaskan, susulan usaha perantaraan kesembilan UAE antara Rusia, Ukraine
  • GLOBAL

190 tawanan dibebaskan, susulan usaha perantaraan kesembilan UAE antara Rusia, Ukraine

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR ini diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Akhbar Presiden Ukraine menunjukkan tahanan perang Ukraine (POW) melambai tangan selepas pertukaran di lokasi yang tidak didedahkan di Ukraine, pada 18 Oktober 2024, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. FotoAFP

ABU DHABI: Pertukaran tawanan baharu antara Rusia dan Ukraine menyaksikan pembebasan seramai 190 tawanan, menjadikan jumlah keseluruhan pertukaran menerusi usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 2,184 orang, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).

Kementerian Luar Emiriah menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua negara atas kerjasama dan kesediaan mereka terhadap usaha perantaraan UAE, yang menyumbang kepada kejayaan pertukaran tawanan walaupun terdapat cabaran yang ditimbulkan oleh perang yang sedang berlangsung.

Kejayaan usaha perantaraan ini mencerminkan kepercayaan Rusia dan Ukraine terhadap UAE serta penghargaan mereka terhadap peranan negara itu dalam menyokong laluan diplomatik untuk menyelesaikan krisis semasa antara kedua-dua negara.

GAMBAR ini diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Akhbar Presiden Ukraine menunjukkan tawanan perang Ukraine (POW) disambut oleh saudara-mara dan rakan-rakan selepas pertukaran di lokasi yang tidak didedahkan di Ukraine, pada 18 Oktober 2024, di tengah-tengah pencerobohan Rusia ke atas Ukraine. FotoAFP

Kementerian menegaskan bahawa kejayaan perantaraan terkini, yang merupakan perantaraan kesembilan sejak awal 2024, menunjukkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara UAE dan kedua-dua negara.

Kementerian juga mengesahkan komitmen UAE untuk meneruskan segala usaha yang bertujuan mencari penyelesaian aman kepada konflik di Ukraine, dengan menekankan kepentingan dialog dan usaha meredakan ketegangan.

UAE turut berhasrat untuk menyokong semua inisiatif bagi mengurangkan kesan kemanusiaan akibat krisis terbabit, termasuk yang melibatkan pelarian dan tawanan.

Sejak awal tahun ini, UAE berjaya menjadi pengantara bagi lapan pertukaran tawanan perang antara Rusia dan Ukraine, di samping satu pertukaran tawanan antara Amerika Syarikat dan Rusia pada Disember 2022. – Bernama

Continue Reading

Previous: Taufan Oscar, ribut tropika Nadine ancam Bahamas, Cuba, Mexico
Next: 4 terbunuh nahas pesawat di Pulau Sulawesi, Indonesia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.