Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 180 peserta berjaya jalani latihan main asal Iban
  • TEMPATAN

180 peserta berjaya jalani latihan main asal Iban

Utusan Sarawak 3 months ago
TAHNIAH…Seramai 180 peserta telah tamat menjalani latihan main asal Iban anjuran DBK dan PEMADAS.

KUCHING: Seramai 180 peserta telah berjaya menjalani latihan main asal termasuk kelas Ngajat, Nimang Ai, Betaboh dan Penca bagi sesi tahun 2024/2025 anjuran Persatuan Dayak Bukit Kelingkang (DBK) Cawangan Melikin bersama Persatuan Main Asal Dayak Sarawak (PEMADAS).

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan, dalam sebuah majlis makan malam yang diadakan di Pusat Konvensyen (PCC) Demak, Kuching, semalam.

DATUK Snowdan Lawan (tengah) semasa menyempurnakan majlis tersebut semalam.

Snowdan berharap agar komuniti setempat dapat terus menyokong usaha DBK dalam menganjurkan kelas main asal Iban sebagai salah satu cara untuk mengangkat budaya dan identiti bangsa.

“Jika bukan sekarang, bila lagi? Jika bukan kita, siapa lagi? Inilah salah satu cara kita menjaga budaya dan identiti kita agar tidak hilang ditelan arus kemodenan,” katanya.

Sementara itu, Pengasas DBK, Victor Ason, dan Pengasas PEMADAS, Ali Singka, dalam ucapan mereka menyatakan bahawa tujuan utama program ini adalah untuk memastikan main asal Iban terus berkembang, dipelihara, dan diwarisi oleh generasi akan datang.

VIVIANNE Jane (kanan) bersama Ivvie Ferdianne
(kiri) merupakan salah seorang dari peserta yang berjaya menamatkan kelas latihan main asal Iban.

Di samping itu, dua peserta, Vivianne Jane dan Ivvie Ferdianne, yang telah menjalani latihan bersama KDBK, meluahkan rasa bangga kerana berpeluang mempelajari pelbagai jenis main asal dalam program ini.

“Terima kasih kepada guru kami, Korea Musit, kerana mengajar kami pelbagai main asal seperti Ngajat Asas, Ngajat Atas Chapak, Ngajat Orang Ulu, Ngajat Pua Kumpu, Nimang Ai Ansah, Betabuh, dan Penca lama,” kata mereka.

Dalam majlis tersebut, Snowdan Lawan turut mengumumkan sumbangan sebanyak RM20,000 kepada Persatuan Dayak Bukit Kelingkang (DBK) Cawangan Melikin bagi menjalankan dan mengembangkan lagi aktiviti mereka.

Terdahulu, kelas main asal telah dijalankan di beberapa lokasi seperti Dewan Samarindah, Jaong, Sabal Kruin, Melikin, Sg Gudum, Lebor, Batu Kudi, Teriboh, Belimbing, Menyang, dan Semukoi.

Turut hadir pada majlis itu ialah Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Susan Clement, ASP Dennis (PDRM), serta ketua-ketua serakup seperti ASADIA, NGASI, SIDS, PELASAR, NGO tempatan, dan pemimpin masyarakat.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Platform perkenal jenama global di Malaysia Timur
Next: Dato Sri Wahab beri sumbangan daging sempena Nisfu Syaaban untuk kawasan Matu, Daro dan kawasan Pulau Bruit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.